Saturday, September 1, 2012

Santapan: Roti Telur Keju Bakar

Hari ini Dara ingin berkongsi resepi yang sudah lama disimpan dalam buku resepi turun-temurun Dara. Kononnya lah.Ceh, keju pulak tu. Orang melayu makan keju malaysia iaitu belacan. Tapi ini keju orang mat saleh ok, bukan belacan pulak korang letak nanti.

Kalu tengok gambar resepi asal yang Dara rujuk, mesti korang terliur. Tapi kalau gambar roti hasil buatan Dara tak terliur lah. Maaf. Dara tidak hebat dalam menghias  makanan atau mungkin kemahiran  mengambil gambar tu terlalu rendah. Maafkan sekali lagi kalau gambar yang disajikan nanti tidak mampu membangkitkan selera anda.

Ini hasil buatanku. Tak menggiurkan langsung kan?

Ini pula gambar resepi asal. Diadaptasi dari Brunches, Marshall Cavendish Cuisine  mini cookbooks. 


Walaupon  begitu, rupa memanglah tak seindah rasanya. Ahaaa... Anda semua bolehla cuba buat. Resipi paling mudah nak buat.

BAHAN-BAHAN :

1 sudu besar Mentega
225g Ayam/daging kisar
2 keping Roti yang dibuang keraknya, dipotong dadu
8 biji Telur
1/4 sudu kecil Garam
Secukup rasa Lada Hitam, dikisar
4 keping Keju Mozarella (Keju lain pon boleh diguna)

CARA-CARA :

1. Panaskan oven kepada 190°C,
2. Cairkan mentega diatas kuali kecil sehingga terbentuk buih kecil. Kemudian, tambah daging/ayam kisar bersama kepingan roti. Kacau sehingga daging/ayam kisar dan kepingan roti sedikit keemasan dan kelihatan rangup.
3. Bahagikan campuran tersebut kepada 4 bahagian sama rata ke dalam bekas yang berlainan (aluminium/manguk kaca kecil). Pecahkan 2 biji telur pada setiap bahagian dan taburkan garam dan lada hitam .
4. Letakkan sekeping keju diatas telur tadi.
5. Bakar hidangan selama 10-15 minit .
6. SIAP!!

SELAMAT MENCUBA!!

Dah cuba boleh bagitahu Dara jadi ke tak. Hehe...


Salam Perkenalan Kali ke-2 dari Dara

Rindu bangat  nak berblogging balik. Blog lama sudah tidak di update setelah gambar-gambar dalam blog telah 'ter'delete. Rasa tak bersemangat apabila nak update entry baru. 

Sesiapa yang nak taw blog lama Dara. Mari menjengah ke sini . Lebih kurang bukan dengan alamat blogspot blog Dara yang baru? Jangan keliru ok. Pastikan sentiasa update dengan blog ni walaupon tuannya tidak update-update entry baru. Hehe...